Tuesday, May 16

Penang Trip (Day 1)





Hi, Assalamualaikum.

Ni kira first post aku dekat blog ni sebab aku selalu ada rasa nak renew blog. Like, i've been renew this blog since form 1 ok. And now, aku dah habis sekolah. Ni kalau kumpul blog post dari form 1, dah belambak dah. Tapi disebabkan aku suka hidup yang baru maka, nikmatilah first post aku sebaiknya ok?

Ok, so aku ada bercuti dekat Penang last 13-15 April dengan mak aku and Hurin. Sebenarnya mak aku ajak aku je teman dia ada kursus kat Penang. Tapi kalau dia dah sehari kursus lepastu aku? Lepak bilik je? Pishang la macamtu. So aku decide, aku nak bawak hurin jenjalan sekali gus haha

So, aku pergi sana, naik flight. But aku tak recommend sangat la naik flight sebab at that moment aku rasa nak turun balik naik bas je hahaha. Aku yang pilih ticket return dekat traveloka . So far laman web ni lah yang paling okay harga dia. Aku naik dari Subang ke Penang pakai Malindo Air. 

Bukan nak memburukkan pihak airlines, tapi aku dengan Hurin kena delay banyak kali due to weather ke apa tah. Sepatutnya flight pukul 5 petang, lepastu tiba tiba nama kitorang kena panggil masa kat balai berlepas tu. serious kelakar sebab tak pernah pernah pulak nama naik dekat public ni.
Lepastu delay dia kata flight kitorang pukul 6;45 tapi kitorang tunggu smpai pukul 7 tak ada jugak then dia suruh naik yang pukul 8. Pegh berkampung la kitorang dekat situ.



ni tengah meroyan dekat instagram haha

Setibanya di Lapangan Terbang Pulau Pinang, Terus aku dengan Hurin ambil Uber. From airport to Rainbow Paradise Hotel tu harga dalam rm25. Memang agak pricey sikit sebab jauh but then Uber/Grab is the best option berbanding taxi. Bukan tak nak support pemandu teksi, tapi kalau beza harga dah sampai separuh tu of course la korang nak yang jauh lebih murah kan. Aku tanya teksi situ, flat fare Rm55. Nampak? Lebih separuh harga bukan. Sebelum call driver Uber, kitorang singgah beli mcd jap. Because we both lapar gila nak mati
.Lepastu dalam pukul 9;30 tu kitorang dah sampai and check in semua. Rainbow Paradise Hotel. Bagi aku best sebab beach view.

No comments:

Post a Comment